Warisan Melayu

Pembuka kata "Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Hari ini bermulalah aku untuk cuba melakar dan menulis sedikit coretan tentang warisan-warisan melayu yang masih ada di muka bumi MALAYSIA ini. Salah satunya aku akan cuba menulis untuk kebaikan dan bukan untuk keuntungan diri aku. Jadi aku akan cuba mengupas tentang warisan-warisan Melayu yang masih "TAK LEKANG DEK PANAS DAN TAK LUSUH DEK HUJAN" kalau salah kawan-kawan,pembaca-pembaca dan peminat atau penyambung warisan-warisan Melayu boleh la betulkan dan hantarkan komen kepada aku.

Berminat aku nak memulakan topik aku dengan "KOMPANG"- Aku bermula dengan kompang

Aku bermula dengan kompang pada usia remajaku 15 tahun dimana pada usia itu semua remaja inginkan pembebasan atau lebih kata lain nye "sudah besar" dan sering memberontakkan diri dengan kejutan-kejutan budaya yang dibawa dari negara-negara luar. Tapi aku memandang dari segi positif dan mengambil sebagai cabaran aku untuk memartabatkan warisan dan seni melayu ini terus dijulang.


Mungkin ada yang beranggapan warisan dan seni melayu ini tidak mendatangkan apa-apa keuntungan, mungkin ada yang mempertahankan warisan dan seni melayu ini sebagai nilai yang tidak ternilai atau dari kata-kata yang sering aku ungkapkan pada diri aku "aku nak orang berkata pada aku yang aku ini tidak tahu nak nilai kamu macam mana" bukan untuk bermegah atau mendatangkan keuntungan, tetapi untuk memberikan bahawa diri kita,warisan kita,seni kita dan bangsa kita bukan terletak dari nilai yang boleh digadai.


Mungkin susah untuk menjadi seorang penuliskan tapi hari ini cuba untuk mencoret, sekiranya ada coretan aku mengguris mana-mana pihak, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan tidak terniat untuk menyinggung mana-mana insan dimuka bumi MALAYSIA ini.

MASA ITU EMAS

Popular Posts

Sunday, July 3, 2011

Ada Sedikit Penambahan Tentang Kompang...


Kompang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambar sepasang kompang.
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendangKulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13
oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah
permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan
sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Gambar belakang bahagian kompang. Kelihatan gelung plastik tebal yang digunakan bagi menala bunyi kompang dengan menyelit antara bingkai dan kulit penutup. Pada waktu dahulu, rotan digunakan.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

[sunting]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.