Warisan Melayu

Pembuka kata "Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Hari ini bermulalah aku untuk cuba melakar dan menulis sedikit coretan tentang warisan-warisan melayu yang masih ada di muka bumi MALAYSIA ini. Salah satunya aku akan cuba menulis untuk kebaikan dan bukan untuk keuntungan diri aku. Jadi aku akan cuba mengupas tentang warisan-warisan Melayu yang masih "TAK LEKANG DEK PANAS DAN TAK LUSUH DEK HUJAN" kalau salah kawan-kawan,pembaca-pembaca dan peminat atau penyambung warisan-warisan Melayu boleh la betulkan dan hantarkan komen kepada aku.

Berminat aku nak memulakan topik aku dengan "KOMPANG"- Aku bermula dengan kompang

Aku bermula dengan kompang pada usia remajaku 15 tahun dimana pada usia itu semua remaja inginkan pembebasan atau lebih kata lain nye "sudah besar" dan sering memberontakkan diri dengan kejutan-kejutan budaya yang dibawa dari negara-negara luar. Tapi aku memandang dari segi positif dan mengambil sebagai cabaran aku untuk memartabatkan warisan dan seni melayu ini terus dijulang.


Mungkin ada yang beranggapan warisan dan seni melayu ini tidak mendatangkan apa-apa keuntungan, mungkin ada yang mempertahankan warisan dan seni melayu ini sebagai nilai yang tidak ternilai atau dari kata-kata yang sering aku ungkapkan pada diri aku "aku nak orang berkata pada aku yang aku ini tidak tahu nak nilai kamu macam mana" bukan untuk bermegah atau mendatangkan keuntungan, tetapi untuk memberikan bahawa diri kita,warisan kita,seni kita dan bangsa kita bukan terletak dari nilai yang boleh digadai.


Mungkin susah untuk menjadi seorang penuliskan tapi hari ini cuba untuk mencoret, sekiranya ada coretan aku mengguris mana-mana pihak, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan tidak terniat untuk menyinggung mana-mana insan dimuka bumi MALAYSIA ini.

MASA ITU EMAS

Popular Posts

Friday, July 1, 2011

CERITA TENTANG ORANG MELAYU



Rencana ini adalah tentang kumpulan etnik Melayu. Untuk bangsa Melayu, sila lihat Rumpun Bangsa Melayu.
Melayu ملايو
Blank300.png
Lt Adnan Saidi.jpgDaimzainuddin.jpgHamzah Haz.jpgHangTuahMuziumNegara.JPGHassanal Bolkiah.jpg
Datuk lat.jpgMahathir 2007.jpgM Nasir.jpgDrsheikh suitnflag.jpgNasimuddin Amin.jpg
Tuanku Otteman II.jpegSaloma.jpgSiti Nurhaliza - KLIFF 08.jpgSudirman2.jpgPitsuewan.jpgP.ramlee.jpgTunku abd rahman.jpgUsman awang.jpgYusof bin Ishak.jpg





Baris pertama









Baris kedua









Baris ketiga









Baris keempat
Jumlah penduduk
c. 27.8 juta
Kawasan ramai penduduk
Penduduk majoriti
Bendera Malaysia Malaysia14,749,378 (anggaran 2010)[1]
Bendera Brunei Brunei261,902 (anggaran 2010)[2]
Penduduk minoriti
Bendera Indonesia Indonesia8,789,585 (anggaran 2010)[3][4]
Bendera Thailand Thailand3,354,475 (anggaran 2010)[5][6]
Bendera Singapura Singapura653,449 (anggaran 2010)[7][8]
Bahasa
Agama
Islam Sunah (lebih kurang 99.9%[9][10][11])
Kelompok etnik berkaitan
Melayu (ملايو) merujuk kepada kumpulan etnik dari bangsa Austronesia yang sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Tanah Melayu termasuk bahagian-bahagian paling selatan Thailand, pantai timur Sumatra, pesisir pantai Borneo, dan pulau-pulau yang lebih kecil yang terletak di antara lokasi-lokasi ini. Kumpulan etnik Melayu berlainan dari konsep Rumpun Bangsa Melayu, yang merangkumi kumpulan manusia yang lebih luas, termasuk kebanyakan etnik di Indonesia dan Filipina.Bahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasa Austronesia.

Isi kandungan

 [sorokkan]

[sunting]Etimologi

Lakaran peta dunia dalam karya Ptolemy (c. AM 90 – c. 168), Geographia ada menyatakan tentang sebuah tanjung di Aurea Chersonesus (Semenanjung Tanah Melayu) yang diberi nama Maleu-kolon, dipercayai berasal dari perkataan SanskritMalayakolam atau Malaikurram[12]. Menurut G. E. Gerini, Maleu-Kolon merujuk kepada Tanjung Kuantan hari ini sementara Roland Bradell mendakwa ia berada di Tanjung Penyabung, kedua-duanya di Semenanjung.

[sunting]Bangsa Gunung

Dalam bab 48 dari teks agama Hindu Vayu Purana, ada dinyatakan satu perkataan Sanskrit Malayadvipa (secara harfiah: “benua bergunung-ganang”), yang merujuk kepada salah satu wilayah di kepulauan timur yang penuh dengan emas dan perak. Di situ letaknya sebuah bukit bernama Malaya dan juga gunung besar yang digelarMahamalaya[13]. Walaupun sesetengah sarjana barat terutamanya Sir Roland Braddell mengaitkan Malayadvipa ini dengan Sumatra[14], ramai sarjana India mempercayai ia merujuk kepada semenanjung Tanah Melayu yang lebih bergunung-ganang[15][16][17][18][19], di mana beberapa kerajaan maritim Melayu purba telah wujud dan berinteraksi dengan benua India sejak permulaan kurun Masihi.
Orang Melayu juga pernah dirujuk sebagai orang Kun-lun dalam beberapa catatan China. Istilah Kunlun pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada banjaran gunung yang terbentang melangkaui sebahagian besar wilayah Tibet dan utara India. Ia kemudiannya digunakan oleh orang Cina zaman dahulu sebagai rujukan kepada semua bangsa berambut hitam kerinting yang tidak bertamadun dari gunung-gunung dan hutan-hutan terpencil. Orang Vietnam, orang Champa dan Khmer pernah digelar sebagai orang Kunlun oleh orang Cina sebelum istilah ini digunakan pada orang Melayu. Pada tahun 750, Jianzhen (688-765) menyatakan kehadiran ramai "orang BrahminParsi dan Kunlun di Guangzhou". Buku Tang merekodkan "setiap tahun, 
para saudagar Kunlun datang dengan kapal-kapal mereka dengan barang-barang bernilai untuk berdagang dengan 
orang Cina"[20].

Semenanjung Tanah Melayu dalampeta dunia PtolemyTeluk Bengaldi sebelah kiri, Semenanjung Tanah Melayu di Tengah, dan Laut Cina Selatan di sebelah kanan, dengan perkataan "Sinae".  
Pemandangan Banjaran Titiwangsa. Ramai sarjana India mempercayai perkataan Sanskrit Malayadvipadari kitab Vayu Purana, merujuk kepada semenanjung Tanah Melayu yang bergunung-ganang.  
Candi Gumpung, sebuah Candi Buddha di Muaro Jambi darikerajaan Jambi. Beberapa sarjana Sejarah mengaitkan kerajaan Jambi dengan Mo-Lo-Yu dalam catatan I Tsing.  

[sunting]Kerajaan Mo-Lo-Yu

Dalam catatan I-Tsing (seorang sami Buddha Dinasti Tang), yang melawat Kepulauan Melayu di antara tahun 688 - 695,
beliau ada menyebut tentang sebuah kerajaan bernama Mo-Lo-Yu yang terletak sejauh 15 hari pelayaran dari
Bogha (Palembang), ibu negeri Sribhoga (Srivijaya). Beliau juga mengambil masa 15 hari pelayaran dari
Mo-Lo-Yu ke Ka-Cha (Kedah), oleh itu Mo-Lo-Yu mungkin terletak di tengah-tengah antara kedua-dua tempat.[21]
Menurut I Tsing, Mo-Lo-Yu pada mulanya adalah sebuah kerajaan bebas sebelum ia ditawan oleh SriBhoga.
Pada zaman Dinasti Yuan (1271–1368) dan Dinasti Ming (1368–1644), perkataan Ma-La-Yu sering disebut
dalam sejarah China untuk merujuk kepada sebuah negara di Nanyang atau "Laut Selatan".
Istilah ini sering dieja berlainan kerana perubahan Dinasti.
  • (Cina: 木剌由) - Bok-la-yu, Mok-la-yu
  • (Cina: 麻里予兒) - Ma-li-yu-er
  • (Cina: 巫来由) - Oo-lai-yu (dikesan dari sumber tulisan sami Xuan Zang)
  • (Cina: 無来由) - Wu-lai-yu
Ayat berikut dipetik dari catatan Babad Dinasti Yuan (dalam bahasa Cina): Babad Yuan Mongol

"以暹人与麻里予兒旧相仇杀,至是皆归顺,有旨谕暹人“勿伤麻里予兒,以践尔言"
(Bahasa MelayuPermusuhan terjadi di antara Siam dan Ma-la-yu 
(Melayu) dengan kedua-duanya berbunuhan antara satu sama lain...)
Petikan di atas berkemungkinan besar merujuk kepada berkurun-kurun lamanya permusuhan
di antara entiti Thai di utara dan negeri-negeri Melayu di semenanjung Tanah Melayu seperti
kerajaan Pattanikerajaan Kedah dan kesultanan Melayu Melaka.
Pengembara dari Venice yang masyhur Marco Polo (1254–1324) dalam bukunya Pengembaraan Marco Polo
ada menyebut tentang sebuah kerajaan bernama "Malauir" yang menurutnya terletak
di bahagian selatan semenanjung Tanah Melayu.[22][23]
Perkataan "Malayu" ada dipahatkan pada Batu Bersurat Padang Roco yang bertarikh 1286
di Dharmasraya kemudian Adityawarman pada tahun 1347 menyebut kerajaannya
dengan nama Malayapura seperti yang dipahatkan pada bahagian belakang Patung Amoghapasa.
Pada masa kesultanan Melayu Melaka yang menjadi kuasa utama di kepulauan Melayu pada abad ke-15,
perkataan "Melayu" dimasyhurkan bagi menerangkan perbezaan budaya di antara orang Melaka dengan
orang-orang asing dari rantau yang sama, terutamanya Orang Jawa danOrang Thai.[24]
Melaka bukan sahaja menjadi pusat perdagangan utama serantau, tetapi juga sebuah pusat budaya Melayu yang terpenting,
berpengaruh dalam membentuk institusi politik dan budaya tradisional Melayu dalam abad-abad yang seterusnya.[25]
Ketika zaman kolonialisme Eropah, perkataan "Malay" diadaptasi ke dalam bahasa Inggeris dari perkataan Belanda "Malayo",
yang juga diadaptasi dari perkataan Portugis "Malaio", yang berasal dari perkataan bahasa Melayu "Melayu".

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.