Warisan Melayu

Pembuka kata "Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Hari ini bermulalah aku untuk cuba melakar dan menulis sedikit coretan tentang warisan-warisan melayu yang masih ada di muka bumi MALAYSIA ini. Salah satunya aku akan cuba menulis untuk kebaikan dan bukan untuk keuntungan diri aku. Jadi aku akan cuba mengupas tentang warisan-warisan Melayu yang masih "TAK LEKANG DEK PANAS DAN TAK LUSUH DEK HUJAN" kalau salah kawan-kawan,pembaca-pembaca dan peminat atau penyambung warisan-warisan Melayu boleh la betulkan dan hantarkan komen kepada aku.

Berminat aku nak memulakan topik aku dengan "KOMPANG"- Aku bermula dengan kompang

Aku bermula dengan kompang pada usia remajaku 15 tahun dimana pada usia itu semua remaja inginkan pembebasan atau lebih kata lain nye "sudah besar" dan sering memberontakkan diri dengan kejutan-kejutan budaya yang dibawa dari negara-negara luar. Tapi aku memandang dari segi positif dan mengambil sebagai cabaran aku untuk memartabatkan warisan dan seni melayu ini terus dijulang.


Mungkin ada yang beranggapan warisan dan seni melayu ini tidak mendatangkan apa-apa keuntungan, mungkin ada yang mempertahankan warisan dan seni melayu ini sebagai nilai yang tidak ternilai atau dari kata-kata yang sering aku ungkapkan pada diri aku "aku nak orang berkata pada aku yang aku ini tidak tahu nak nilai kamu macam mana" bukan untuk bermegah atau mendatangkan keuntungan, tetapi untuk memberikan bahawa diri kita,warisan kita,seni kita dan bangsa kita bukan terletak dari nilai yang boleh digadai.


Mungkin susah untuk menjadi seorang penuliskan tapi hari ini cuba untuk mencoret, sekiranya ada coretan aku mengguris mana-mana pihak, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan tidak terniat untuk menyinggung mana-mana insan dimuka bumi MALAYSIA ini.

MASA ITU EMAS

Popular Posts

Friday, July 1, 2011

Gabungan Paluan Kompang

Salam semua, hari ini 1 Julai 2011, aku cuba untuk mengarang lagi tentang latar belakang kompang dan seninye kompang dalam warisan seni melayu tanahair. Tapi karangan aku hari ini tidak la berapa panjang untuk semua pembaca, tapi aku lampirkan sikit tatapan umum tentang budaya kompang yang dinaik taraf,aku bangga dan terlampau kagum dengan perubahan yang dibawa untuk menjulang warisan seni melayu yang ada. Sebagai paparan untuk semua,


Ini ada sedikit sorotan dari paluan kompang EZHAR yang aku seludup dari YTube.com, harap tidak ada yang kata aku ini pencuri atau penyamun untuk mencetak rompak. Aku buat semua ini bukan atas dasar keuntungan dan sebaliknya aku membuat perkara ini bukan untuk keuntungan diri aku tetapi keuntungan untuk warisan seni melayu dan kamu semua,

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.