Warisan Melayu

Pembuka kata "Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Hari ini bermulalah aku untuk cuba melakar dan menulis sedikit coretan tentang warisan-warisan melayu yang masih ada di muka bumi MALAYSIA ini. Salah satunya aku akan cuba menulis untuk kebaikan dan bukan untuk keuntungan diri aku. Jadi aku akan cuba mengupas tentang warisan-warisan Melayu yang masih "TAK LEKANG DEK PANAS DAN TAK LUSUH DEK HUJAN" kalau salah kawan-kawan,pembaca-pembaca dan peminat atau penyambung warisan-warisan Melayu boleh la betulkan dan hantarkan komen kepada aku.

Berminat aku nak memulakan topik aku dengan "KOMPANG"- Aku bermula dengan kompang

Aku bermula dengan kompang pada usia remajaku 15 tahun dimana pada usia itu semua remaja inginkan pembebasan atau lebih kata lain nye "sudah besar" dan sering memberontakkan diri dengan kejutan-kejutan budaya yang dibawa dari negara-negara luar. Tapi aku memandang dari segi positif dan mengambil sebagai cabaran aku untuk memartabatkan warisan dan seni melayu ini terus dijulang.


Mungkin ada yang beranggapan warisan dan seni melayu ini tidak mendatangkan apa-apa keuntungan, mungkin ada yang mempertahankan warisan dan seni melayu ini sebagai nilai yang tidak ternilai atau dari kata-kata yang sering aku ungkapkan pada diri aku "aku nak orang berkata pada aku yang aku ini tidak tahu nak nilai kamu macam mana" bukan untuk bermegah atau mendatangkan keuntungan, tetapi untuk memberikan bahawa diri kita,warisan kita,seni kita dan bangsa kita bukan terletak dari nilai yang boleh digadai.


Mungkin susah untuk menjadi seorang penuliskan tapi hari ini cuba untuk mencoret, sekiranya ada coretan aku mengguris mana-mana pihak, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan tidak terniat untuk menyinggung mana-mana insan dimuka bumi MALAYSIA ini.

MASA ITU EMAS

Popular Posts

Sunday, July 3, 2011

Sedikit Nota dan Copy Paste Aku


Muzik klasikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sejarah muzik klasikal
Muzik era pertengahan(476 – 1400)
Muzik era pembaharuan(1400 – 1600)
Muzik era barok(1600 – 1760)
Muzik era klasikal(1730 – 1820)
Muzik era romantis(1815 – 1910)
Muzik klasikal abad ke-20(1900 – 2000)
Muzik klasikal kontemporari(1975 – kini)
Muzik klasikal (atau bahasa Melayu negara Malaysia, "Muzik klasik") ialah satu istilah yang memberi tiga makna yang berbeza:
  • Muzik tradisi eropah yang berkaitan dengan kebudayaan yang sangat tinggi nilainya; yang amat berbeza dengan muzik popular moden atau muzik tradisi lama (termasuk muzik-muzik tradisi di negara bukan Eropah).
  • Tradisi Eropah begitu juga yang hampir sama dengan sesetengah tradisi bukan eropah.
  • Satu bahagian yang terperinci dalam pembangunan tradisi muzik seni eropah yang berakar umbi dari akhir kurun ke-18.
Istilah muzik klasikal tidak muncul sehingga awal abad ke-19. Ia diperkenalkan di dalam usaha untuk membawa era Bach hingga ke Beethoven sebagai salah satu "seni" di dalam zaman kegemilangan seni ukiran arca, seni bina dan antikuiti klasik. Ini adalah kerana, kebiasaannya seni muziktidak kekal hayatnya. Semenjak dari itu, istilah ini digunakan sebagai penggunaan genre muzik yang bermaksud bukan muzik popular atau muzik tradisi lama.
Portal:Muzik klasikalPortal Opera
Bahasa Inggeris memberi penjelasan terperinci mengenai perbezaan classic dan classical; di mana classic ialah istilah umum untuk semua bidang (barang lama bermutu tinggi) seperti "motor klasik", "rekod klasik", "lagu klasik", "lampu klasik", "perabot klasik" dan sebagainya, manakala "classical" ialah istilah yang spesifik merujuk kepada muzik simfoni orkestra sahaja.
Oleh kerana sesetengah negara memilih untuk menterjemahkan "Classical music" sebagai "Muzik Klasik",
pemahaman sebenar perlu dibuat secara terperinci agar pengguna-pengguna bahasa negara tersebut tidak menyamakan
muzik klasikal sebagai muzik ciptaan lama seperti "lagu-lagu tradisi", "lagu-lagu rakyat" atau "lagu-lagu evergreen" .
Muzik klasikal dan opera masih digubah sehingga ke hari ini.
Secara ringkasnya, Muzik klasikal adalah muzik-muzik yang berakar-umbikan tradisi muzik eropah, penggubahan 
muzikorkestra simfoni dan opera – opera dari akhir kurun ke-18 sehingga ke hari ini.
Terdapat banyak penjelasan mengenai ini di dalam internet yang separuhnya tidak tepat dan mengelirukan. Para pengguna atau
para penyelidik yang berminat dinasihati menggunakan buku-buku atau kamus-kamus istilah yang diiktiraf antaranya
Concise Oxford Dictionary of MusicThe Oxford English Dictionary on Historical principle , The Harvard Dictionary of Music
bagi mendapatkan maksud yang tepat.
Penggunaan istilah muzik klasikal juga merangkumi muzik teks suci kristian (sacred text) dan muzik konsert
(yang menggunakan muzik instrumen orkestra).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.