Warisan Melayu

Pembuka kata "Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Hari ini bermulalah aku untuk cuba melakar dan menulis sedikit coretan tentang warisan-warisan melayu yang masih ada di muka bumi MALAYSIA ini. Salah satunya aku akan cuba menulis untuk kebaikan dan bukan untuk keuntungan diri aku. Jadi aku akan cuba mengupas tentang warisan-warisan Melayu yang masih "TAK LEKANG DEK PANAS DAN TAK LUSUH DEK HUJAN" kalau salah kawan-kawan,pembaca-pembaca dan peminat atau penyambung warisan-warisan Melayu boleh la betulkan dan hantarkan komen kepada aku.

Berminat aku nak memulakan topik aku dengan "KOMPANG"- Aku bermula dengan kompang

Aku bermula dengan kompang pada usia remajaku 15 tahun dimana pada usia itu semua remaja inginkan pembebasan atau lebih kata lain nye "sudah besar" dan sering memberontakkan diri dengan kejutan-kejutan budaya yang dibawa dari negara-negara luar. Tapi aku memandang dari segi positif dan mengambil sebagai cabaran aku untuk memartabatkan warisan dan seni melayu ini terus dijulang.


Mungkin ada yang beranggapan warisan dan seni melayu ini tidak mendatangkan apa-apa keuntungan, mungkin ada yang mempertahankan warisan dan seni melayu ini sebagai nilai yang tidak ternilai atau dari kata-kata yang sering aku ungkapkan pada diri aku "aku nak orang berkata pada aku yang aku ini tidak tahu nak nilai kamu macam mana" bukan untuk bermegah atau mendatangkan keuntungan, tetapi untuk memberikan bahawa diri kita,warisan kita,seni kita dan bangsa kita bukan terletak dari nilai yang boleh digadai.


Mungkin susah untuk menjadi seorang penuliskan tapi hari ini cuba untuk mencoret, sekiranya ada coretan aku mengguris mana-mana pihak, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan tidak terniat untuk menyinggung mana-mana insan dimuka bumi MALAYSIA ini.

MASA ITU EMAS

Popular Posts

Friday, July 1, 2011

Seni Pertunjukan Orang Melayu




Kumpulan penari Melayu Pattanimempersembahkan Mak Yong pada era pemerintahan Raja Rama V dari Siam (1853-1910).
Seni pertunjukan orang Melayu adalah kaya dengan pelbagai jenis muzik, tarian dan teater yang merupakan gabungan dari pelbagai pengaruh budaya. Jenis genre adalah pelbagai, dari drama tari Melayu asli seperti Mak Yong sehingga ke tarian-tarian dari pengaruh Arab sepertiZapin. Koreografi gerakan juga adalah berbeza-beza, dari langkah dan talaan yang mudah seperti dalam Dikir barat sehinggalah ke gerakan yang lebih sukar seperti dalam JogetGamelan.
Muzik Melayu tradisional pada asasnya menggunakan genderang. Pelbagai jenis gong memberikan rentak untuk tarian-tarian. Terdapat juga gendang dari pelbagai saiz, dari rebana ubi besar yang digunakan untuk acara penting hingga ke kompang kecil yang digunakan untuk mengiringi persembahan dalam upacara keagamaan dan perkahwinan.[88]
Kesenian Nobat merupakan alat kebesaran diraja dan menurut catatan sejarah ia digunakan sejak zaman Kesultanan Kedah dan Kesultanan Melayu Melaka. Ia adalah lambang kebesaran Raja-Raja Melayu sehingga hari ini dan hanya dipersembahkan dalam upacara-upacara keagamaan dan diraja yang penting, contohnya dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan AgongOrkestra tradisional Nobat terdiri dari alat muzik neharagendangnafiriserunai dan kadang kadang termasuk gong bertombol dan sepasang simbal.[44]
Pengaruh India adalah kuat dalam wayang kulit di mana kisah-kisah dari epik Hindu; Ramayana & Mahabharata menjadi repertoir utama. Terdapat empat jenis teater wayang kulit yang dapat ditemui di semenanjung Tanah Melayu; Wayang GedekWayang PurwaWayang Melayu dan Wayang Siam[89][90][91].
Antara seni pertunjukan Melayu lain yang terkenal ialah; teater Bangsawan, balada cinta Dondang sayang dan tarian Mak Inang dariKesultanan Melaka, teater Jikey dan Mek Mulung dari Kedah, tarian Asyik dan drama tari Menora dari Patani dan Kelantan, drama tari Ulek mayang dan tarian Rodat dari Terengganu, dan teater Boria dari Pulau Pinang.


Seorang pesilat wanita dari Singapura.
Seni Silat Melayu telah diamalkan orang Melayu sejak ratusan tahun dahulu dan kini dapat ditemui di seluruh kepulauan Melayu terutamanya di wilayah tradisi Melayu iaitu semenanjung Tanah Melayu,Kepulauan RiauSumatra dan pesisir pantai Borneo. Seni Silat dikatakan berkembang hasil dari pemerhatian dan peniruan gerakan haiwan seperti monyet, helang dan harimau. Ia menggabungkan gerakan menendang, menumbuk dan menjatuhkan serta penggunaan senjata. Walaupun senjata utama orang Melayu adalah Keris, terdapat juga senjata-senjata lain yang digunakan dalam silat seperti; LadingBadikTekpiTumbuk LadaKerambitParangSundangSabitLembing dan batangbuluh.
Sejarah asal-usul silat adalah sangat sukar dipastikan kerana kurangnya rekod bertulis yang wujud, selain dari sejarah lisan dan legenda yang diperturunkan oleh mahaguru-mahaguru silat. Dipercayai pada abad ke-6 masihi, seni perang Melayu terawal telah mula diamalkan di semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Bentuk-bentuk terawal Silat dikatakan telah berkembang dan digunakan dalam angkatan bersenjata kerajaan-kerajaan Melayu purba di semenanjung seperti Langkasuka dan Kedahserta empayar Srivijaya.[95][41][96][97]
Pengaruh empayar Melayu Srivijaya dan Kesultanan Melaka telah menyumbang kepada penyebaran seni mempertahankan diri ini ke seluruh pelusuk Kepulauan Melayu. Melalui rangkaian muara-muara dan sungai-sungai yang menjadi pusat utama perdagangan, Silat tersebar jauh ke masyarakat pedalaman. Pahlawan legenda Melayu dari Melaka, Laksamana Hang Tuah merupakan seorang pesilat yang paling terkenal dalam sejarah[98] bahkan dianggap sesetengah pihak sebagai bapa silat Melayu.[99] Sejak zaman klasik Melaka, Silat mengalami diversifikasi yang besar sehingga muncul pelbagai aliran dan variasi yang kemudiannya membentuk apa yang kini diakui secara tradisional sebagai sumber kepada Pencak Silat, istilah generik untuk semua seni mempertahankan diri Indonesia.[100][101] Di Malaysia sahaja, terdapat lebih dari 150 perguruan Silat dari aliran yang berbeza-beza, antara aliran utama perguruan silat yang terkenal ialah Silat GayongSilat CekakSilat SendengSilat Kuntau,Silat HarimauSilat Lian dan Silat Terlak.[102]
Selain dari seni Silat, Tomoi juga diamalkan oleh orang Melayu terutamanya di negeri-negeri utara semenanjung Tanah Melayu. Sama sepertiPradal serey dan Muay Thai, Tomoi merupakan salah satu varian kickboxing versi Indo-China yang dipercayai telah disebarkan di tanah besar Asia Tenggara sejak zaman empayar Funan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.